(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Ini kisah benar, kejadian baru berlaku sebentar semalam. Saya
sampai di kampung dalam jam 6 petang semalam. Anak saya yang berusia 3 bulan elok saja disambut oleh atok dan neneknya. Ceria, ketawa, bermain bersama-sama.
sampai di kampung dalam jam 6 petang semalam. Anak saya yang berusia 3 bulan elok saja disambut oleh atok dan neneknya. Ceria, ketawa, bermain bersama-sama.
Selepas saja selesai mandi, saya pakaikan baju, sampailah datang seorang makcik ini ke rumah kami. Tiba-tiba saja dia pun masuk ke bilik, tengok anak saya yang tersengih saja tengok makcik ini. Anak dah pandai minta dukung. Makcik pun pun sukalah, terus dukung anak dan bawa ke ruang tamu.
Beberapa minit kemudian, anak saya menangis tak berhenti-henti. Saya pujuk, tak layan sebab saya tahu anak saya bila dipujuk akan berhenti menangis. Tetapi ini tidak, saya terus suruh suami azan. Masih juga menangis tak henti-henti. Saya bacakan surah-surah pun tak berhasil. Sampailah kami sekeluarga menjadi panik.
Terus tengok jam, jam 7 malam.
Terus cakap pada nenek, maghrib tadi makcik ini datang. Entah-entah ada
benda.
Puas atok dan nenek serta suami pujuk ke depan belakang rumah, tetap sama.
Terus suami saya ajak pergi dari rumah itu.
"Dah! Jom keluar dari rumah ini!"
Saya ketakutan sebab dah maghrib. Suami paksa juga keluar dari rumah. Dengan apa yang sempat dicapai, dengan berkaki ayamnya, kami terus masuk kereta dan pergi ke rumah mak saya di kampung sebelah.
Dalam perjalanan, kami baca ayatul qursi sekuat-kuat hati bersama-sama. Saya hembus umbun-umbun, ulang sampai anak berhenti menangis.
"Pergi kau!!" saya jerit dengan kuat.
Terus anak saya teresak-esak, tersedu-sedu dan terus tidur. Sampai di rumah mak, saya menangis dan ceritakan apa yang telah berlaku.
Mak suruh saya beringat, anak kecil jangan diberi orang sentuh masa datang maghrib. Tetapi sebelum ini saya selalu peka tentang hal ini terutamanya suami balik kerja malam. Tapi tadi, tak tahu mengapa saya boleh terlupa. Pengajaran untuk semua. Berhati-hatilah ye.
0 komentar:
Post a Comment